SEJARAH

Perkahwinan Tn Haji Mohamed Lazim dan pasangannya Pn Hajjah Bisiah telah ditentukan oleh keluarga. Walaupun mereka tidak mengenali hati budi masing-masing, namun mereka tidak membantah sama sekali pilihan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing. Pasangan ini Telah diijabkabulkan pada Jun 1960 dan hasil daripada perkahwaninan, mereka telah dikurniakan dengan 13 orang anak yang terdiri daripada 9 lelaki dan 4 perempuan. Sejarah perkahwinan mereka bermula ketika Haji Lazim berumur 18 tahun dan Hajjah Bisiah berumur 14 tahun. Mereka telah ditunangkan selama 2 tahun sebelum disatukan iaitu ketika Hj Lazim berusia 20 tahun dan Hajjah Bisiah berumur 16 tahun.

Isnin, 19 Julai 2010

Masuk Sinar Harian....



Ulang Tahun perkahwinan tok dengan Opah masuk Sinar Harian........

Sabtu, 3 Julai 2010

Gambar sekitar sambutan Ulangtahun Haji Mohamed Lazim (tok) dan Hajjah Bisiah (opah)

Potong kek



Adik beradik



Puteri keluarga



Perarakan ke dewan



M.c (ewa & shira)



Menantu



Cucu



Anak



Lokasi : Marina Cove Resort
Tarikh : 12/06/2010
Hari : Sabtu

Khamis, 1 Julai 2010

Salam Blog......


Salam.... buat semua Ahli keluarga dari peringkat anak,menantu dan cucu. Atas inisiatif di zaman IT yang tiada sempadan, Laman atau blog ini diwujudkan bagi perkongsian info atau maklumat mengenai keluarga. segala info terkini atau rakaman peristiwa boleh lah dicatatkan dalm blog ini.
sekurang-kurangnya rindu terubat bagi ahli keluarga yang berada jauh di perantauan..

Selepas ini Aktiviti seperti family day,reunion dan apa saje bolehlah dicatatkan dalam laman ini dalam bentuk gambar,artikel atau video. Sesiapa juga yang mahu mengiklankan perniagaan di blog ini juga dialu-alukan.

Diminta seseiapa yang berminta untuk menjadi contributor bersama untuk meng'update'kan
laman ini. Mungkin wakil dari pihak Anak,menantu dan cucu. Silakan.... Acces ke laman blog ini akan diberi...


wakil kem cucu.....